24 April 2011

SET BERSALIN-MANDARA

Posted by Zura at 12:24


Tanpa Bahan Kimia, Tanpa Bahan Pengawit dan Bersih Lagi Suci. Setiap set mengandungi Jamu Mandara1, Jamu Mandara2, Boreh, Minyak Angin, Akar Kayu & Barut berubat.

Set jamu ini sesuai digunakan oleh ibu semasa dalam pantang. Olahan resepi turun temurun yang kaya dengan khasiat herba seperti rempah ratus, manjakani, akar kayu dan sebagainya. Rahsia kehebatan jamu ini bermula dari perniagaan kecil-kecilan. Keberkesanannya disebar dari mulut ke mulut dan kini kehebatannya telah dikongsi hanya untuk mereka yang inginkan terbaik. Jamu Mandara pastinya menyempurnakan impian anda untuk kecantikan luar dan dalam. Alamilah kehebatan jamu keluaran bumiputera ini tanpa ragu-ragu. Kehebatan pasti milik anda…

Antara khasiat2nya ialah :-

  • Mengembalikan tenaga
  • Mengeluarkan angin dari badan;
  • Melancarkan perjalanan darah;
  • Kulit licin dan berseri.
  • Langkah Penggunaan Jamu :


Boreh
Campurkan sesudu boreh dengan sedikit air florida dan sapukan di seluruh muka dan tubuh ibu. Setelah kering, gosok pada kulit supaya ianya meresap ke dalam kulit. Air florida boleh dibeli di kedai ubat/ kedai mamak.

Minyak Urut Semalu
Sapukan pada perut ibu dan bayi (selepas mandi). Goncang sebelum digunakan.

Barut
Ikat barut dengan kemas. Pastikan bahagian berisi ubat ditempatkan di bahagian perut.

Jamu Mandara 1
Bancuh sesudu teh jamu dengan 1/3 cawan air suam dan diminum 2 kali sehari (sebelum makan) iaitu pada waktu pagi dan petang.

Jamu Mandara 2
Jamu Mandara 2 mula diminum setelah semua jamu Mandara 1 dihabiskan. Bancuh sesudu teh jamu dengan 1/3 cawan air suam dan diminum 2 kali sehari (sebelum makan) iaitu pada waktu pagi dan petang.

Akar Kayu
Cuci & rebus akar kayu dengan 3 gelas air sehingga menjadi segelas air. Diminum pada hari ke 44 sehingga habis.




~Thanks For Visits~
zurajaja.blogspot.com

3 comments:

Unknown said...

owh jamu..owh jamu..owh jamu..ada set untuk gumukkan badan tak...muahahahahahaha...

Zura said...

hehe.....kalau nak bagitau la kat kak no.ramai dah kat sini amek...syukur dgn rezekiNYA..amin...

Zura said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

Its About Your Mind Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting