28 June 2010

KENAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA??

Posted by Zura at 19:39 0 comments
Salam semua!!harini kak zura nak share satu citer ni....kaum hawa dan kaum adam silalh baca ok...kaum adam..sedarlah betapa hebatnya kaum hawa ni...jom layan citer ni okey...


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!



25 June 2010

CINTA ALLAH DAN RASULNYA**2

Posted by Zura at 12:36 0 comments


Ya Allah, 
lihatlah disetiap air mata yg mengalir & rintihan hambaMu 
Yang meminta pertolongan, 
kami mohon kepada Engkau Ya Allah, 
ubahlah kesedihannya siapapun 
menjadi bahagia & ubahlah airmatanya menjadi senyuman. 
Ya Allah, 
bimbinglah & cintailah kami 
menuju kebahagiaan yg Engkau ridha..



~Thanks For Visits~
zurajaja.blogspot.com


20 June 2010

PRODUK VOUVELLES VISAGES 1

Posted by Zura at 23:11 0 comments
TONER A

Fungsinya:-
1) Menanggalkan sel kulit mati
2) Menyegarkan kulit wajah
3) Kulit kelihatan lebih muda

Kegunaannya:-
1) Hanya untuk penggunaan bagi menghidapi hiperpigmentasi pathologikal 
seperti chloasma, melasma,freckles dan lentigines
(WM:RM65.00 / EM: RM70.00)



TONER B

Fungsinya:-
1) Adalah untuk menghasilkan kulit wajah yang lebih cantik dan tampak muda
2) Ianya juga berfungsi sebagai agen anti jerawat dan agen pigmentasi

Kegunaannya:-
1) Hanya untuk penggunaan bagi menghidapi hiperpigmentasi pathologikal 
seperti chloasma, melasma,freckles dan lentigines
(WM:RM60.00 / EM: RM65.00)


NV NORMAL SKIN TONER(180ml)

Fungsinya:-
1) Menyerikan kulit dan segarkan kulit secara natural
2) Menghasilkan wajah yang radian,lembap dan lebih muda
3) Berfungsi sebagai agen penyegar kulit
4) Melembutkan kulit dengan berkesan
5) Melindungi kulit dari sinaran UV

Kegunaannya:-
1) Goncang botol hingga ia sekata


2) Lembapkan kapas dengan losyen tersebut dan sapu ke wajah
secara menyeluruh(sapu lembut2 jer tau)
3) Biarkan ia kering (jangan lap) untuk dapatkan hasil maksimum
(WM:RM30.00 / EM: RM35.00)


NV SENSITIVE SKIN TONER

Fungsinya:-
1) Menyerikan kulit dan menyegarkan kulit bermasalah
2) Menghasilkan wajah yang radian,lembap dan lebih muda
3) Mengatasi masalah kulit
4) Mengecilkan pori2 yang terbuka
Memberi kesegaran dan bermaya sepanjang hari

Kegunaannya:-
1) Goncang botol hingga ia sekata
2) Lembapkan kapas dengan losyen tersebut dan sapu ke wajah
secara menyeluruh(sapu lembut2 jer tau)
3) Biarkan ia kering (jangan lap) untuk dapatkan hasil maksimum
(WM:RM30.00 / EM: RM35.00)


NV MOISTURISER

Fungsinya:-
1) Untuk melindungi kulit wajah anda dari sinaran UV matahari
2) Melembapkan dan melembutkan kulit wajah sementara mencerahkan wajah


Kegunaannya:-
sapu ke wajah dengan lembut
(yg ni tak payah goncang tau..picit jer botol tu..nnt kuar la..hehe)

(WM:RM35.00 / EM: RM40.00)


NV MEDICATED SOAP

Fungsinya:-
1) Sesuai untuk kulit yang berminyak.Dihasilkan dengan ekstrak lemon dan AHA
2)Mencuci kulit wajah dan minyak yang berlebihan
3) Menghasilkan nilai pH kulit yang seimbang
4) Untuk menghalang pembentukan jerawat dan jeragat
5) Ekstrak lemon dan AHA dapat menggalakkan pembentukkan sel kulit yang bru

Cara penggunaanyya:-
1) Letakkan sedikit sabun di tapak tgn
2) + sedikit air jer than sapu dan urut muka dgn lembut
3) Bersih seluruh muka dan keringkan dgn tuala muka(mesti korang tahu kan..)
(WM:RM50.00 / EM: RM55.00)


NV FOUNDATION CREAM 3 in 1

Fungsinya:-
1) Melindungi kulit dari sinaran UV
2) Memberi dan menjaga kelembapan pada kulit 
3) Kulit kelihatan lebih bersih, halus dan gebuuuuu
4) Mentup parut dan cela di muka
(WM:RM70.00 / EM: RM75.00)


NV DAY CREAM

Fungsinya:-
1) Melindungi kulit dari matahari
2) Kulit kelihatan lebih bersih, halus dan gebu
3) Melambatkan proses penuaan
4) Melembapkan kulit dan menjadikan ia sekata
5) Mencerahkan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit
(WM:RM60.00 / EM: RM65.00)


NV DAY & NIGHT CREAM

Fungsinya:-
1) Krim dwiara yang dapat digunakan pada waktu siang dan malam
2) Sebagai agen pemulihan kulit
3) Warna kulit menjadi sekata dan berseri
4) Penggunaan yg berpanjangan dpt membuatkan kulit kelihatan cerah,muda dan berseri.
(WM:RM60.00 / EM: RM65.00)




~Thanks For Visits~
zurajaja.blogspot.com
















CINTA ALLAH DAN RASULNYA

Posted by Zura at 17:23 0 comments
sekadar renungan:-


Berjalanlah dengan penuh harapan
Walau hidup kalian tak selalu bahagia

Sedekahkanlah satu senyuman
walau dihati kalian tak lagi mampu bertahan


Belajarlah memaafkan walau diri kalian terluka

Berhentilah memberi alasan walau kalian ingin menyatakan kebenaran



Hiduplah dengan Iman

Walau hari kalian dipenuhi dugaan dan
Berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan ...





~Thanks For Visits~
zurajaja.blogspot.com

16 June 2010

Entri Pertama

Posted by Zura at 06:35 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
akhirnya saya berjaya merajinkan diri untuk membuat blog ni..
sempena besday kak zura harini kak zura pun teringin nak buat blog..kikiki..
atas bantuan adik saya akhirnya siap jugak blog ni..
saya akan update produk2 yang ada dalam jualan saya..
hopefully dapat memudahkan kawan2 untuk mengkaji keberkesanan sesuatu produk..
enjoy yourself.

 

Its About Your Mind Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting